menu bar

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Tawaran Khas dari PruBSN Takaful Berhad

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pertama sekali terima kasih & tahniah,

Pernahkah anda menerima msg (SMS) dari pihak PruBSN Takaful seperti ini ??

" PruBSN: TAWARAN KHAS Dapatkan manfaat perubatan terkini TANPA sebarang soalan kesihatan. Info di https://pruaccessplus.prudential.com.my/ms/a/xxxxxxxxxx "

Pernah tak ??

—--

Tawaran khas apa ni ??

Tawaran khas  ini anda akan menerima beberapa manfaat tambahan daripada yang sedia ada sekarang

 —--

Siapa yang layak terima ??

  • Mereka yang tidak pernah buat tuntutan

  • Mereka yang pernah buat tuntutan tetapi kurang dari RM5,000

  • Mereka yang menerima `repricing` jumlah sumbangan bulanan

—--

Apa manfaat tambahan yang saya akan terima ??

Medic Protector vs MedicTotalCare (MTC)

(Contoh plan: R&B200)


1. Hospitalization

➡ Medic protector : 120 hari/tahun

➡ MTC : 150 hari/tahun

2. Vaccine benefit RM300/tahun

➡ Medic protector : hajj/umrah shj

➡ MTC : hajj /umrah / covid19 / influenza / Hep A&B / kayap


3. Outpatient treatment : 2k/illness

➡ Medic protector : Tiada

➡ MTC : denggi / campak / chikungunya / HFMD / influenza


4. Intraocular Lens

➡ Medic protector : Tiada

➡ MTC : RM6,000/lifetime


5. Home Nursing Care

➡ Medic protector : Tiada

➡ MTC : 180 days/lifetime


6. Outpatient for Cancer Remission

➡ Medic protector : Tiada

➡ MTC : Untuk pesakit kanser, boleh claim follow up sehingga 5thn dari tarikh bebas cancer

7. Daily Guardian Care

➡ Medic protector : Tiada

➡ MTC : Penjaga pesakit entitle for food dalam ward


8. ICU

➡ Medic protector : 120 hari/tahun

➡ MTC : 150 hari/tahun


9. Worldwide

➡ Medic protector : Tiada

➡ MTC : Bantuan kecemasan seluruh dunia


Ringkasan: 

  • perlindungan kanser yang meluas

  • rawatan perubatan teknologi maju

  • penjagaan kesihatan mental

  • pelbagai manfaat rawatan pesakit luar dan manfaat tambah nilai unik yang lain

(Tertakluk kepada pelan Bilik dan Penginapan yang dipilih) 

—--

Jika saya terima tawaran ini, berapa lama tempoh menunggu sehingga saya boleh menggunakan kad perubatan atau pun mana-mana manfaat yang saya ada ??

Untuk Tawaran Khas ini TIADA TEMPOH MENUNGGU.

—-- 

Bagaimana dengan caruman bulanan saya. Akan ada kenaikan ??

  • Jawapan nya YA & TIDAK. 

  • Ada di antara anda sekiranya menerima Tawaran Khas ini akan ada sedikit kenaikan jumlah caruman bulanan dan ada juga di antara anda akan ada penurunan jumlah caruman bulanan.

—--  

Bagaimana hendak kepastian samada caruman saya mengalami kenaikan atau penurunan untuk Tawaran Khas ini ??

Sila semak di link msg (SMS) anda anda terima sebelum ini. 

Contoh:    "PruBSN: TAWARAN KHAS Dapatkan manfaat perubatan terkini TANPA sebarang soalan kesihatan. Info di https://pruaccessplus.prudential.com.my/ms/a/xxxxxxxx"


—-- 

Bagaimana cara untuk saya menerima tawaran ini ??

Anda boleh menerima tawaran penukaran ini dengan mengikuti langkah-langkah mudah dibawah, bergantung kepada saluran anda menerima tawaran ini.


Untuk penerima e-mel/SMS:

Langkah 1: Klik pada pautan yang diterima dalam e-mel/SMS yang akan membawa anda ke halaman microsite

Langkah 2: Di halaman microsite, lengkapkan butiran yang diminta untuk pengesahan and klik butang ‘SUBMIT'

Langkah 3: Di halaman tawaran, klik butang ‘CLICK TO VIEW / DOWNLOAD PDF’ untuk melihat surat tawaran

Langkah 4: Seterusnya, klik butang ‘CLICK TO PROCEED’ untuk menerima tawaran

Langkah 5: Lihat butiran di slip penerimaan tawaran dan tandakan kotak ‘I AGREE’

Langkah 6: Masukkan butiran yang diminta untuk pengesahan dan klik butang ‘SUBMIT’

Setelah selesai mengikuti langkah-langkah di atas, satu mesej pop-up akan mengesahkan bahawa penerimaan tawaran anda telah berjaya dihantar.

—--

Untuk penerima surat fizikal:

Langkah 1: Tandatangan slip penerimaan tawaran yang disertakan dalam surat tersebut

Langkah 2: Serahkan slip penerimaan tawaran yang telah ditandatangani melalui salah satu saluran pilihan anda yang berikut:


i) Ejen perkhidmatan anda;

ii) Cawangan PruBSN terdekat; atau

iii) E-mel kepada customer@prubsn.com.my




Tahniah sekiranya anda adalah salah seorang yang menerima Tawaran Khas ini dengan penambahan manfaat tetapi berlaku pengurangan jumlah caruman bulanan.


Jangan bersedih sekiranya anda adalah salah seorang yang menerima Tawaran Khas ini tetapi berlaku kenaikan jumlah caruman bulanan. Sekurang kurang nya tidak dengan tangan yang kosong, penambahan jumlah caruman bulanan, anda akan terima banyak penambahan manfaat dari yang sedia ada sebelum ini.